Monday, September 8, 2014

Lahirnya Permata Hati Ke Lima

Lahirnya permata hati kami yang ke lima. Lama sy tak update blog.  Really baby moon! Hehehe.. 1st of all..syukur alhamdulillah atas kurniaanNya saya selamat melahirkan seorang bayi  lelaki pada 12 Jun 2014 yang lepas. It was very miracle experience. Ya, setiap kali bersalin, pengalamannya cukup berbeza. Sakit tu tak payah nak cakap la..mmg sakit Allah je yang tau.. :)

Nak cerita pengalaman bersalin kali ni.. sepatutnya EDD ialah pada 10 Julai 2014. My baby was born @36weeks. 

26 - 27 Mei 2014
Sebelum cuti sekolah (cuti pertengahan tahun start 28 Mei - 15 Jun 2014). Saya selaku s/u unit kebajikan dok sibuk kutip duit parking daripada cikgu-cikgu. Sambil tu cakap, "nak settlekan awal..takut terbersalin awal.." at that time, my pregnancy baru 34 weeks ++.

28 - 30 Mei 2014
Ikut hasben ke KL.. ada kursus. We all stayed @Ascott Sentral. Hotel yang sangat superb.. cuma parking dia tak berapa best, then jauh dr shopping center (sblm ni sll stayed kat Garden Residence,senang nak shopping kat Mid Valley tu).. sempat lagi shopping kat Ikea! Hehehe..
Wajah "terakhir" sebelum bersalin
 


2 Jun - 8 Jun 2014 (35 Weeks)
That week sy sangat rajin mengemas.. kemas barang baby.. kemas rumah.. sampaikan bilik maid pun saya "tolong" kemaskan! Memang berpeluh2 la "exercise" ;)

9 Jun 2014
Ok, time for shopping lagi.. sy bawak maid & Jasmine shopping @Aeon Bandaraya Melaka.. masa tu perut dah banyak kali sakit.. maybe Braxton Hicks. Sy buat tak reti je.. smpat borak dgn seorang makcik ni, dan bila dia tanya bila bersalin ni? sy jawab..owh..lambat lagi cik..

10 Jun 2014
Hari ni sy nak mengemas bilik saya.. nak kemas katil baby.. dan paling best, saya panjat tingkap (perasan diri kecik la tu :p) dan ganti langsir. Wow.. mmg senak perut ni.. hahaha.. 

Malam tu, sy asyik memerut je.. tak tau kenapa.. masa buang air tu, saya nmpk mcm mucous warna putih seketul dalam toilet. wohooo...masa tu dah agak panik..cakap dengan hasben..maybe tu mucous plug kot bang?

11 Jun 2014 
12.30 am - baru nak tidur.. perut saya sakit sangat! Bukan contraction. Tapi sakit kat kanan kiri pelvis, mcm menarik narik.. (sy dah biasa sakit gitu since 2nd pregnant, ada org ckp rahim tu membesar, ada pulak cakap kesan adhesion after caesarian my 1st baby).. sakit sangat sampai tak boleh tidur. last2 saya tidur sambil menonggeng..bayangkanlah!  

5.00 am - mcm biasa sy bangun utk tunaikan solat.. masa dalam toilet, saya terus jerit panggil hasben, sbb banyak sangat bleeding! But perut tak sakit. Saya panik. Hasben risau. We all terus kejut maid suh tengok2 kan anak anak and heading to Mahkota Medical Centre. 

Sampai hospital, admit. Nurse datang nak buat VE, saya tolak dengan baik. Saya minta tunggu doktor. @830am doktor Wan dtg, buat VE dia ckp baru 1 cm dilate. Then dia suh scan kat klinik dia. Semuanya ok, baby ok, bleeding pun dah stop. Doktor tanya sy samada nak discharge or stay. Dia advice stay sbb nak pantau baby since baru 36wks & nak bagi injection utk matangkan paru-paru baby. So sy pun stay, & doc told me the next day dah boleh discharge. Doc bagi juga ubat utk tahan contraction sbb kalau boleh doc nak lambatkan baby keluar. Policy private hospital (MMC) tak allowed prem baby deliver kat situ. And they will send us to GH. So sy pun berdoa banyak2 n pujuk baby supaya keluar lambat lagi... 

Around 11pm hasben cakap nak balik rumah sbb esoknya tu dia ada interview Petronas kat KL.. so after interview nnt baru dia dtg ambil sy (discharge). So tinggallah daku sendirian dalam bilik tu.. 
  
12 Jun 2014
Dalam pukul 1 am, nak tidur..perut sy sakit rasa mcm nak buang air besar.. pergi toilet.. tak boleh buang air...TAPI, keluar darah.. ok..saya dah start nangis! Cool zha, cool.. 

I called my hubby, but no answer. ok, tak mo ganggu abang.. kesian pulak nak kejut dia.. kot takde apa2 kan? Masa tu start berwhatsapp dengan sahabat jauh tapi dekat sll di hati, Lynn.. (Lynn ni dok kat US) ... dia la dok layan sy... masa tu perut dah start sakit.. sy tak panggil nurse sbb sy tak nak diorg buat VE ... or send me to GH! hoho.. Lynn sangat risaukan keadaan sy ms tu.. puas la dia suh panggil nurse..call my hubby.. tp sy buat tak reti je...hahaha..bila ingat2 balik..sy sgt berterima kasih kat lynn..dlm tengah sakit contraction, boleh borak2 dengan dia..dan i could put aside rasa sakit tu..tq my dear Lynn!

I tried call my sister, Amirah.. asked her to kejut my hubby if anything happen to me.. sbb sy call hasben banyak kali dia x jawab. Then around 4 am, baru lah hasben pickup phone. Dia ckp dia akan dtg hospital & i asked him to bring along my birth ball. So masa dia masuk ke ward tu..the staff nurses pandang semacam je..

Sy kira contraction..yup, i know i'm in labor.. hasben cakap dia akan cancel kan interview tu.. sy cakap, "i think better abg pergi coz kalau in labor pun, tak tau kul brp baby keluar..ntah2 by the time abg habis interview baby tak keluar lagi..msti la baby nak tunggu ayah dia" - sempat buat lawak lagi tu! but my hasben ckp no need to go.. maybe ni petunjuk dr Allah kot, tak izinkan... so, ok :)

around 5 am, sy "terpaksa" panggil nurse sbb risaukan baby.. tiba2 fikir yang bukan2 pulak..coz my baby kecik lagi.. masa scan doc estimate berat baby dalam 2.7 kg. bila nurse datang, apa lagi, ada sorang tu marah sbb baru bgtau. Dan dia ingat sy buat exercise kat birth ball tu. Nampak sangat kebodohan nurse tu (saya sangat sakit hati dengan dia, sbb dia beriya tak bagi saya bersalin time tu dan muka masam mencuka spjg masa). Buat VE. Nurse cakap baru 2 -3 cm. Buat CTG. Alhamdulillah jantung baby ok. 

8.00 am - doc Wan datang buat VE. Dah 4 - 5 cm. Doc ckp dah boleh bersalin. Nurse yg "loghat" tadi mcm reluctant nak bg sy bersalin kat MMC. But doc cakap ok la..dah 36 wks ++ & lagipun berat baby ok. So masuk labor room. 

8.30 am - Doc pecahkan air tuban sbb dia cakap nak tgk air tuban ok tak..risau baby dah berak..ok clear. (sbnrnya sy tak setuju dia pecahkan air tuban awal2 ni). Lps tu doc Wan suruh sy tunggu, jgn bersalin dulu sbb dia nak gi OT. dia cakap dalam setengah jam je. Sy senyum je la.. 

9.00 am - sy dah rasa surge yang sangat kuat.. mcm nak buang air besar sangat2..sakit ya amat! masa tu hanya hasben & seorang nurse yang ada dlm labor room. Then doc Azlina dtg sbb doc Wan tak siap lagi. Ok, mmg "jodoh" sy kuat dengan doc Azlina. 3 kali sy book doc Wan, 1st time (masa lahirkan jasmine) doc Wan not around sbb ayah dia tengah sakit, 2nd time (masa miscarriage) pun dia not around, doc Azlina yg sambut baby Muhammad kami..dan yang ni pun, doc Azlina juga..hehehe..sy tak ingat berapa kali teran, then dalam 9.10 am baby keluar. Hasben dapat potong tali pusat baby! Seronok sgt (eh eh mcm sy lak yg dpt potong hihi)! 

By the time doc Wan dtg, dia terkejut, and she said cpt betul sy bersalin. hahaha..sy pun tak tau doc! 

Apapun, sy sangat bersyukur tiada apa2 komplikasi both ibu & baby. And big thanks to hubby yang sanggup cancel interview, teman sy dalam labor room dengan penuh kesabaran.. (hanya mereka yang ada pengalaman tau mcm mn "kerenah" org nak bersalin..hehehe)

Jangan lupa ikuti diari berpantang saya dalam entry yang akan datang!


Sunday, November 24, 2013

Princess Nuha 3rd Birthday

Diam tak diam… 24 November 2013 permata hati ke dua kami, Nuha Marissa dah pun 3 tahun. Happy birthday sayang! Dah besar dah anak dara ibu ni..hehehe.. cakap pelat, tok tek tok tek.. keras hati tp sangat murah dengan kata-kata yang mampu buatkan hati kita cair (contohnya dia akan buat statement, "ibu suka belikan nuha Barbie mcm dalam tv tu kan.. terima kasih ibu…saaaaayang ibu")… 

Besar harapan kami pada anak perempuan pertama ini… kata orang, nak jaga anak perempuan sangat susah.. kami berdoa banyak-banyak agar Allah pelihara anak dara kami ni dari sebarang kesakitan, hasad dengki manusia, kecelakaan, kemaksiatan, perkara-perkara yang tidak diingini dan jadikan dia anak yang solehah… risau, skrg ni mcm-mcm cerita tak baik jadi di kalangan masyarakat Malaysia.. Insyaallah selagi kami hidup, kami akan jaga Nuha dan anak-anak yang lain dengan penuh kasih sayang dan perhatian…


  

  

Saaaaaaayang nuha! mmmmuuaaah :*)